15 February 2011

salam maulidur rasul .

Assalamualaikum .
Hari ini sekali lagi kita menyambut ulangtahun kelahiran Maulidur Rasul . pada tahun ini , jatuh pada hari selasa .
Bermakna hari ini semua orang bercuti ..
Bukan pasal cuti yg saya nak kongsi di blog yg tak seberapa hot ini .
Sebenarnya saya pun serba kekurangan untuk bercerita panjang lebar mengenai maulidur rasul .
So , saya pun buat research mengenai ini .






Kelebihan Nabi Muhammad .

Dari Jabir katanya : Berkata Rasulullah yang ertinya :

Aku telah diberikan 5 perkara yang tidak seorag pun daripada para nabi sebelum ku diberikan :

1. Aku ditolong dengan daya menakutkan musuh sejauh perjalanan sebulan.
2. Diuntukkan bagiku bumi ini ,dimana-mana sahaja boleh dijadikan tempat bersujud dan keadaannya suci .Maka sebarang umatku yang telah dating kepadanya waktu sembahyang,hendaklan tampil sembahyang.
3. Dihalalkan harta rampasan perang bagiku dan tidak halal bagi seorang pun sebelum ku.
4. Aku diberi kuasa untuk beri syafaat.
5. Setiap nabi dibangkitkan untuk menyeru kaumnya sahaja,tapi aku dibangkitkan untuk menyeru seluruh manusia.





RASUL-RASUL PENJAGA LANGIT .
Lapisan 1 : Nabi Adam
Lapisan 2 : Nabi isa dan Yahya
Lapisan 3 : Nabi Yusuf
Lapisan 4 : Nabi Idris
Lapisan 5 : Nabi Harun
Lapisan 6 : Nabi Musa
Lapisan 7 : Nabi Ibrahim







Tapak rumah Nabi Muhammad SAW dan Sayyidatina Khadijah, tempat mereka berdua tinggal selama 25 tahun yang dibongkar oleh kerajaan Arab Saudi .


Marilah kita memperbanyakkan , mengingat dan berselawat kepada baginda khususnya ketika nama baginda  disebut dengan selawat2 yang baginda sendiri telah ajarkan , bukan dengan selawat2 buatan yang kebanyakannya bersifat  bid'ah .


Wassalam ..









No comments:

Post a Comment