27 May 2011

Orang Sabar Disanyangi Tuhan .



Sesuatu yang besar maknanya dan buat aku terus bersabar .















Allaahu akbar .

Setiap manusia mesti ada permasalahan dalam kehidupan kita , baik masalah peribadi , keluarga , teman dan masih banyak lagi masalah yang selalu menjadi penghadang  kita dalam menjalani kehidupan ini . Kadang2 terasa tertekan sangat boleh membuat kita berfikir kurang jernih . Hanya dengan semangatlah kita dapat menghadapi semua masalah yang menjadi penghadang kita , semangat untuk maju , semangat untuk masa depan , semangat yang terbaik untuk diri kita , keluarga kita , sahabat kita , dan semua orang yang ada di sisi kita .

Dalam menghadapi segala masalah yang menimpa diri kita , kadang2 kita rasa nak menyerah dan putus asa saja , bila memikirkan kita seorang saja yang menempuh dugaan itu dan ini . Emmm .. tak ada manusia sempurna di dunia ini . Semua ada kekurangan , yang sempurna hanyalah milik-Nya .

Cara terbaik untuk tenteramkan jiwa kita yang kadang2 sedang dilanda kecewa , sedih dan sebagainya . Bersyukur dengan kurniaan Allah adalah cara terbaik untuk mendamaikan kita . Dan berdoalah dengan rendah diri apabila menghadap-Nya . Allah pasti akan menunjukkan kebesaran-Nya bagi hamba2-Nya yang tidak putus asa walau bagaimana besar sekalipun ujian yang ditimpa .

Kadang2 jugak , kita beranggapan Tuhan tidak memakbulkan doa2 kita . Hakikatnya Tuhan maha adil dan sentiasa akan mengotakan janji2-Nya . Tapi kadang2 jugak kita gagal memahami hikmah disebalik segala keputusan Allah .  Kita jugak tidak sedar akan hikmah disebaliknya .

Ada masanya , Allah tidak memperkenankan permintaan hamba2-Nya sebab Allah akan lakukan yang lebih baik untuk kita semua .
Ada masanya jugak , Allah menangguhkan untuk memperkenankan sesuatu permintaan tapi dikurniakan ganjaran pahala di akhirat kelak sebagai ganti .

Tetapkan pada diri masing2 , berdoalah kepada Tuhan dengan suara merendah diri . Pada masa yang sama , kita mesti berusaha untuk membaiki kekurangan dan kelemahan diri .
Aku berkata untuk diri aku sendiri . Tapi , apa salahnya kalau nak share sekali :)

25 May 2011

220511.

Assalamualaikum ^^ Akhirnya dapat jugak aku nak mengupdate blog yang dah lama tinggal ni hehe . Pagi2 macam ni , bukan apa line tenet laju sikit . So boleh la aku share something kat sini ehh =.=


Bukan cerita best pun aku nak share kat sini . Bukan best untuk diri korang kot , tapi paling best dalam hidup aku . Erk ! Paling ker ? hehe apa-apa jelah .


Walaupun entry kali ni da basi sebab dah over run dari time tu , aku dengan bangganya nak cheqite jugak . hehe tak apa , tak ada siapa nak marah kot . Siapa yang tak suka tu ? Meh sini ^^


Kejap ehh i upload ...


*i bukan nak bangga la , tp mmg i tengah bangga nih HAHA .




* wif my gurlfriend , zaty .



 






*my abah .



*eceh .. berdiri tegak nampak HAHA .



Dah habis tengok dah ? hehe cukup la tuh . Tak payah letak banyak2 kot . Buang space aku je . HAHA .
Ok , aku akhiri dengan assalamualaikum ! ^^

19 May 2011

tak tau nak letak tajuk apa aihh ..

Assalamualaikum korang ! Amboi .. bukan kemain semangat mike nak update blog buruk nih . Ishh tak ada semangat pon . Semangat dah habis semalam . So hari ini aku sangat letih . Perghh dasyat apa yang letih sangat tuh ? Tak ada la , nih gara-gara semalam la nih . 1 parade aku round , nak cari kasut untuk convo punya pasal . Semua kedai aku singgah . Dah dapat kasut yang berminat , tiba2 tak ada saiz pulak . Dah dapat saiz , warna pulak tak ada . Dah dapat warna yang aku nak , balik2 tak ada saiz pulak .
Habis2 kaki aku yang naik lenguh . Lastly , nasib baik dapat jugak kasut .


Credit to awak , sebab sudi teman saya semalam :)


Nih saja nak menambah .
Fast and furious 5 & Kongsi - DONE .
^___^



Btw , esok petang aku ada rehearsal convo kat puo .
See you guys !





tiba2 je .. ngee









17 May 2011

yesterday-is-yesterday-today-is-today

Yesterday is dead , tomorrow has not arrived yet .

I hold yesterday in my heart .

I should be thankful for everyday .

Just take it away . Never have yesterday .



Nadea you go .










NadeaSalim : dunt wery i'm ok .







15 May 2011

Penganggur Terhormat . HEHEH .

Haluu .. Nak kopi ke milo ? HEHE .
Ape ? Dua-dua pun tak nak ?
Fine .

HEHE .

Act , tak ada benda penting pun nak share petang nih .
Walaupun aku seorang penganggur terhomat , but aku involve dalam business kecil-kecilan oke *nak jugak


Sebenarnya tak ada la motif sangat tajuk entry nih .
Kalau korang nak tau dada aku dap dup dap je dari tadi . HAHA
Agak2 kenapa eh ? Umm maybe ada something wanna be happen to me .
Itu maybe la .
Tapi kalau yang nak jadi tu best , kan syok .
Kalau je .. Itu just kalau ..



Till then .
Wassalam .












none .


1. something unexpected .                                       >>>>   it's happen

2. something that is misunderstood .                   >>>>   have occurred 

3. always admit wrong .                                              >>>>   correct

4. easy to said sorry .                                                   >>>>   kind                                              

5. accept or brush-off what peoples said .           >>>>  consider 

6. possitive .                                                                     >>>>  nice

7. fighting                                                                          >>>>   bad

8. jealous                                                                           >>>>    evil

9. gossip                                                                            >>>>   wicked

10. love                                                                             >>>>   love 



nih apa benda nih . aku pun tak sure mungkin sangat blur malam nih . thats y terhasilnya benda alah ini . see , tajuk pun tak ada .
ada hitam , biru and merah . umm baca jelah erk .



NadeaSalim :  tak mungkin sakitkan hati orang dalam keadaan sengaja .






14 May 2011

seronoknya ....

Assalamualaikum . Hye gud morning ^^
Mood ok jugak la hari nih even sakit perut . HEHE .
Btw , aku ada 3 novel yang nak dibaca .
3 tau . Bukan 1 . HAHA .
Tajuknya , cinta 3 suku , panggil aku dahlia and ..



*ape erk . time2 macam gini pulak nak lupa hee .



Ok tak apa lah itu  jer nak kasi tau . HEHE .
Tengah seronok nih .
Ok chill .



Assalamualaikum :))




NadeaSalim : hari nih hari minggu mmg best kalau keluar tgk wayang ker hape ker . tapi aku ada komitmen dgn novel tersayang . hehe .






KASIH LUAR BIASA DARIPADA IBU ..

Assalamualaikum . Wah , lama sungguh tak update belog buruk nih . Aku rasa banyak yang ketinggalan . So untuk memulakan entry yang terbaru untuk bulan ini ialah , KASIH LUAR BIASA DARIPADA IBU .. Memandangkan aku dah terlewat sikit nak buat dedikasi sempena mothers day , so aku nak buat dedikasi untuk ibu tercinta aku Puan Sanimah Hj Abd Karim ..


Sebenarnya , kalau nak buat dedikasi untuk dia yang tersayang nih seminggu pun tak habis . Maybe kena buat autobiografi >.<


Dia seorang yang tinggi . Tinggi dari aku malah , tinggi dari bestfriendsnya . Seorang yang cantik , kalau makeup lagi cantik . Malah , ramai orang kata dia persis Ogy Ahmad Daud and Rosnah Johari . hehe . Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi . Macam aku jugak , dia juga seorang yang peramah and mudah mesra . Beside that , dia seorang yang very sporting dalam hal2 tertentu . Sangat selesa disampingnya :)


Lahir pada 1.8.1956 , dia still nampak muda . Jalan tegak tak bongkok and paling aku bangga ialah dia sangat aktif dan hyper . Mungkin dia dah biasa kerja keras . Walau nampak urat2 yang timbul di tangannya , she's very strong . Dia jugak seorang yang tabah , walau dah macam2 dugaan melanda dirinya ..


On top of that , dia pakar dalam masak-memasak . Normally , dia akan buat breakfast setiap pagi . Aku rasa sangat beruntung sebab memiliki dia . And aku akui aku sangat manja dengannya . Biarlah , selagi hayat masih ada . Kau ada ke ? Bukan setakat mesra dengannya , tapi dia anggap aku kawannya jugak . Terima kasih sebab tahan dengan karenah saya yang kadang2 sangat gedik ^^


Tak boleh berjauhan dengannya lama2 , memang aku akui . Hanya text and call jadi pengganti .


That' she . Aku panggil dia EMAK .. Orang yang aku maksudkan kat atas tuh emak aku . Orang yang paling aku sayang kat dunia nih . Terima kasih , emak sebab dah menjaga adik sampai sekarang . Terima kasih jugak sebab sudi jadi pendengar setia and jadi sumber penyelesaian dalam apa2 benda .. Walau adik kadang2 nakal , kadang2 bangun terlambat , solat terlambat , banyak main , manja dan macam2 lagi lah .. Adik minta maaf , tapi hakikatnya adik akan taat dgn emak and adik sayang emak dunia akhirat . Adik berdoa tiap2 hari lepas solat agar emak dipanjangkan umur . Tapi emak jangan sedih kalau ditakdirkan adik pergi dulu sebelum emak ..*terasa air mata jatuh masa menaip ini .


That's she . My beloved mummy . Tolong jangan ambilnya dari aku . Dia tiada pengganti . Alhamdulillah dia diberikan kesihatan yang baik , dan kami 4 beradik always be with you , mom . Dan , aku setuju hari ibu tak semestinya harus disambut pada setiap bulan Mei atau hari Ahad je . Bagi aku , kita harus menghargainya tiap2 hari . HAPPY MOTHERS DAY :)







NadeaSalim : entry kali sangat serius . dan 'kali nih' mmg aku serius .



12 May 2011

serius part 1 .

Assalamualaikum sekali lagi :) Act entry kali nih memang dari hari tuh lagi tersimpan dalam draft . Time tuh tak jadi nak post sebab ada problem connection sikit . But its ok aku post jer .


Bila cakap pasal lelaki , semua orang tau yang lelaki nih gagah , body mesti mantap , kulit keras macam kulit buaya . diorang jugak lah dikatakan macam khalifah yang meluruskan rusuk yang bengkok , memimpin keluarga dan diangkat macam pembuat keputusan yang bijak tanpa emosi . dan , diorang jugak lah yang menuding jari menyalahkan kaum hawa yang konon terlalu beremosi dalam membuat keputusan . 


Hello , holla and whats up . Kat sini , bukan Nadea nak angkat darjat diorang . Bukan nak agung2kan darjat diorang . Jauh sekali nak bagi pingat or pengiktirafan . tak mungkin tak mungkin .. Nak kata diorang nih ensem sangat tak ada ensemnya . Harap remos jer bubuh jel . Miskin dengan budi bahasa adalah . Tanggungjawab tak ada , lemah kawal diri dan nafsu nafsi . Aku bukan kata guna emosi tapi rasional . Bukti ada depan mata .


Kata Amir raja lawak , "i'm sorry .."
Aku pun nak m sorry jugak sebab mana tau kot2 kaum2 lelaki yang terbaca entry aku kali nih bengang atau terasa . Babe , sila baca betul2 and baca sampai habis eh . TQ .


Ok tadi aku kata bukti ada depan mata kan ? Ce tengok jer kes2 lori or treler yang eksiden hari tuh . Nyata kan ? Tak perlu nak menyorok di sebalik tembok atau pon longkang . 1stly , lori yang bawak duit syiling bernilai 75 ribu ringgit eksiden , lepas tuh syiling berterabur kat atas jalan raya . Ada lagi , lepas tuh ada kes treler yang bawak muatan beras kg pulak terbalik . Lepas tuh kan , apa lagi . Ramai lah golongan yang gagah perkasa tadi tolong . Tolong kutip duit dan beras tuh , tak pikir benda tuh halal ke haram . Tak pikir itu hak orang ke tak .


And yang dah buat aku tersengeh , bila diorang nih sanggup amik barang2 peribadii mangsa yang aku rasa sama jer jantina dengan diorang nih . ishhh3 .. nak selamatkan mangsa ? jauh sekali lah .. dibiarkan mangsa terbiar adalah . Jual ikan betul . Sellfish . Kalau ada lori susu terbalik pon diorang sanggup tertonggeng-tonggeng kutip beribu2 botol susu yang berterabur tuh . "ini rezeki kami , kalau tak amik orang lain amik .."
Hello , kalau orang nak telan clorox , kau nak ikut telan ker ? Kalau orang nak berbini 4 , kau pon nak ikut jugak ?  Walaupun tau yang kau tak mampu . kehkehkeh


Hmm mereka jer yang ada kudrat nak buat kerja2 'amal' tuh kan . Diorang kan kuat , gagah . Kan kan kan . Kalau aku nih lelaki dah lama aku berjalan dengan tutup muka dengan tudung saji . Malu ! Malu sebab kaum sendiri tergamak buat macam tuh . Tuh hanya kalau .. Syukurlah aku nih PEREMPUAN .. Hey orang semua dah tau yang kerja tolong2 nih 1 amalan yang mulia . Tolong bersih jalan raya , tolong kutip beras .. Tapi tak ada pulak yang nak tolong mangsa eksiden ? Agak2nya lah kan .. Kalau la .. Nih kalau je . Kalau lah lori  balak , lori taik , lori sampah ataupon lori bawak babi yang terbalik , diorang tolong kutip tak ? Tolong bersihkan jalan tak ?  Umm itu just diorang yang tau . Just diorang yang ada kudrat gitu2 . Lastly apa yang sure sangat kalau la ada insiden kat kedai2 emas , kedai runcit , ataupon bank .. Diorang mesti tolong bersihkan sekali . Sekian , terima kasih ^^
Okbakalakau ! kiki bah !


NadeaSalim : entry sangat sensitif . kalau kena tepat batang hidung , auchhhh ! pedasnya . tak perlu lah aku nak letak 'CERITA INI TIADA KAITAN ANTARA YG HIDUP ATAU YG TELAH MATI ..'







picture : aku tak aktiv twitter dah .