15 April 2011

Yang tebaik datang dari ladang .

Assalamualaikum (: apa khabar sihat ? See , motif sangat ke tajuk kat atas tu wey . haha . Btw , hari ini terasa happy je sebab emak nak datang sini (: .. Walaupun badan aku terasa seram sejuk je sekarang ni . Nak demam la tu . Alahai tak mo la macam tu , kan malam nanti aku nak gerak ke kota bharu . Adess =.= .


Nway , korang tau tak . Umm maybe ada yang dah tau . Tapi its ok mari sini aku nak kasi tau . Aku pun baru tau malam tadi kat berita . Yang start 16 April ini , orang ramai boleh naik bas dekat Hentian Puduraya tau . Wow that’s good . Good for me too (: sebab aku kan dah biasa turun naik bas ni . Boleh la berdikari sikit , tak payah nak minta my sis atau siapa-siapa ambil aku kat stesyen bus . Naik train je , macam dulu . Ok , bila dah tau puduraya ni dah siap , mesti kita semua sibuk nak tau macam mana qupanya kan kan kan . Haa aku pun macam tu jugak . Excited nak tau macam mana qupa proses pengubahsuaian ni . Habis Rm 52 juta tau . Wah comfirm superb kan kan . Tak sabar nak gunakan benda yang moden dan canggih bebb . hehe ^^


 “Kita akan mula beroperasi pada Sabtu ini . Persiapan pihak kami , UDA Mall , kini di peringkat akhir . Kerja-kerja major serta pentauliahan dah buat . Cuma tinggal beberapa kerja pembaikan yang sedang dibuat . “


Research ..

Malas nak taip panjang – panjang . Aku kan kurang sihat hari ni * korang baca sendiri kat bawah ni ok ?


Menurut Jaafar , Hentian Puduraya berwajah baru itu mempunyai tiga kawasan menunggu yang baru iaitu , tingkat mezanin seluas 1,310 meter persegi yang siap dalam fasa satu pembinaan iaitu April 2010 . Katanya , orang ramai turut disediakan dua tempat menunggu baru di tingkat satu iaitu kawasan menunggu A dan B seluas 1,716 meter persegi yang berhawa dingin dan ia disiapkan dalam fasa dua dan tiga . Tingkat satu dulu menempatkan ruang makan dan gerai runcit.

Tambahnya, sebanyak 50 kaunter tiket disediakan di tingkat satu berbanding 108 kaunter sebelum ini.
Jelasnya, syarikat yang mempunyai pengarah sama disatukan bagi menjimatkan ruang dan memudahkan pengurusan kawalan kaunter.
Selain itu, terdapat penambahan mobiliti untuk para penumpang melalui peningkatan lif dan eskalator, penambahan dua unit walkalator, laluan pejalan kaki, sistem siar raya, penambahan tandas awam yang melibatkan kemudahan mesra pengguna untuk orang kurang upaya.
Terminal kini menempatkan lebih kurang 245 lot merangkumi kaunter tiket, mesin-mesin Mesin Teler Automatik, kiosk, gerai runcit serta restoran-restoran.
Kaunter tiket yang lebih sistematik dibina di tingkat satu, medan selera pada tingkat atas bumbung, pengubahan kipas ekzos di tingkat bawah serta keseluruhan kerja-kerja menaik taraf tingkat bawah tanah.
Dewan sembahyang terminal seluas 511 meter persegi telah diubahsuai dan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan yang lebih baik dan berhawa dingin. Setelah diubahsuai, surau itu kini boleh menampung 400 orang jemaah dan mendapat pentauliahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk mengendalikan sembahyang Jumaat.



Ok , mesti korang ada lagi yang tak tengok wajah baru puduraya ni kan ? Fine , i'll show you .



Research lagi ..


   maaf lah gambar tak clear sangat sebab aku amik kat tenet ..


Gmbar yang kat atas tadi , gambar puduraya yang dulu . Ingat lagi kan ? Gamba kat bawah ni pula , puduraya yang berwajah baru (:


jom usha-usha bahagian dalamnya pulak  ..





















Banyak dah berubah kan ? Nampak selesa sikit . Eh tak ! Selesa banyak .. Cuba tengok surau tu . Boleh muat 400 orang tau . Dulu kan surau kat puduraya kecik dan sempit . Nak solat pun rasa tak selesa . Lagi satu , toilet sekarang cantik . Tak macam dulu nampak 'ngeri' je =.=


Ok , aku rasa senang hati sangat sebab ini semua dapat beri banyak kemudahan kat orang ramai . Tapi tak tau lah korang (: Hehe ok la , sampai ketemu lagi deyh . Haha . Thanx sudi bukak mata baca entry kali ni ^^ . Yang tak seberapa ni (:


Salam .



Nadea Salim : terasa takut naik bas selalu .







13 April 2011

TERKEJUT BERUK .

Assalamualaikum ..
Petang yang indah hari ni bertukar kepada petang yang gelap . Haa nak tau sebab apa ? Teka lah . Opss tak payah . Baca je entry aku kali ni ok . Tak nak baca sudah , boleh belah  out . Kenapa i hari ni emo semacam ? Mana tak emo . Macam ni , baru tadi aku rasa happy sikit sebab kerja rumah aku dah setlekan . So boleh lah aku relax sikit kan . Lepas aku uruskan diri aku ni , entah kenapa rasa terdetik nak masuk bilik anak sedara aku *da maklum kan aku stay rumah my sis ?


Sambil nyayi lagu Anuar Zain , sedetik lebih ..
~~ kasihku ku amat menyintai kamu
      kerna kau menghiasi hidup
      ku kan terus mencinta
      sedetik lebih
      setia selamanya ...............


* senyap .



"Astaqfiruallahhalazim ...... ini bilik ke hape ?


* rasa nak pengsan .


"Aku tau lah ni bilik budak lelaki umur tahun 4 .. Tapi agak-agak la .. Aku baru kemas bilik ni 2 hari lepas ."


Haa macam tu lah ceritanya . Terkejut beruk ! Beruk pun tak terkejut camni . Hati siapa tak panas bila tengok bilik bersepah . Buku-buku merata tempat . Pensil colour , duit syiling tercampak-campak . Towel sidai atas kalit . Baju kotor tak asingkan , main campak je . Ya rabbi .. Orangnya tak ada pergi sekolah . Nasib tak ada tadi , kalau tak free-free je kena ngomel dengan aku . Aku ni kalau jerit boleh tahan jugak . Boleh kalah Jacylin . =.=


Baru je badget nak baring-baring guling-guling jap . Sabar je lah .. Nakal betul anak saudara aku yang sorang ni . Dah la kuat loyer buruk . Naik loye aku dengar dia merepek . Pelik betul , ada bilik sendiri tak nak gunakan dengan baik . Agaknya dah berapa ratus ribu parents dia bagi nasihat . Kesian . Macam-macam hal budak-budak ni . Sengaja ke apa ? Al maklumlah entah-entah sengaja je sebab maksu dia ada kot . Uhh tak pasal-pasal maksu dia jugak yang kena . Tadi bila aku masuk bilik dia , kertas-kertas dimain gunting-gunting  . Haa kat situ dah tau dah mana punca sampah . Bilik punya la besar untuk dia sorang duduk . Tapi tak pandai nak jaga .


Dah tu konklusinya aku lah jugak yang  kemeh   kemas tadi . Nak harap mama dia , tak tentu . Busy , weekend baru gotong-royong rumah . Itu pun InsyaAllah . Nasib baik aku stay sini sementara . Boleh la tolong apa yang patut . Nak tak nak family aku jugak kan kan kan . Kasihan jugak , sebab husband kakak aku pun stay kat kota bharu . Emmm .


Dan sebab insiden terkejut beruk ni , maka terhasilnya entry ini . Maaf lah , aku just dapat luahkan kat sini . Tak tau nak luah kat mana dah . Erk .


NadeaSalim : seorang yang pembersih . wink ^^








Mimpi akibat tidur mati .

Assalamualaikum dan selamat pagi . Hye :)
Jam aku update blog hari ni pukul 8.14 pagi . Nway hari ni aku bangun awal sikit dari biasa . Keje-keje rumah aku dah setlekan , tinggal tunggu mesin basuh bernyanyi je *menandakan baju dah ready untuk dijemur . Wink !


Malam tadi pukul 12 aku dah tertido , memang tak sedar apa-apa dah . Ehem ehem maksud aku lepas solat isyak . Sebenarnya tak nak tido awal , lagipun sebelum tertido aku duk text dengan member aku nama dia tak perlu lah aku sebut kat sini . Cukup la aku bagi tau yang dia ialah bakal MA . So ? lalala .
Entah mengantok sangat-sangat kot , then aku pun terus masuk mimpi .... Sampai tak sempat nak baca doa tidur hehe .


Bila bangun pagi tadi , aku tersengeh-sengeh . Kali ni sangat lah sweet mimpi aku tu . Omaigod omaigod . Aku mimpi zaman sekolah aku ! Wah sangat lah happy . Macam mana lah aku boleh termimpi semua tu . Macam tau-tau je . Actually memang sejak dua menjak tiga menjak ni , aku dalam mood rindu kat kawan-kawan lama aku . Kawan-kawan sekolah .. Bila terasa rindu yang membuak-buak , maka jadilah mimpi . Walaupun ianya mainan tidur je , ahh lantak aku tak kisah . Bukan calang-calang orang yang boleh dapat mimpi macam aku ni . Kalau ikutkan kan kan kan .. Aku memang kaki mimpi . Boleh dikatakan setiap malam aku mimpi . Walaupun aku kekadang tak ingat mimpi tu . Mimpi yang agak mustahil pun ada . Apa dia ? Ummm couple dengan pelakon . Siapa wey ? Ummm .. malu lah* Kita cakap kamu jangan gelakkan eh .. Ummm dengan Fizo .    =.= *oh no coment .


Tengok , nampak tak ? Aku bagi contoh tu . HEHE . Ok fine , sambung balik tadi . Best wey dapat mimpi balik ke sekolah and asrama . Merasa lah pakai baju sekolah balik ehee . Bila bangun pagi ni , terasa macam baru pulang dari sekolah . Alahai poyonya ^^  Maybe ni semua akibat tidur mati aka tidak sedarkan diri .


Rindu kat geng sekolah aku dulu . Nadia , Zara and Ekyn . Kiteorang berempat . Siap bagi nama group 'gedik santai' . Tak boleh belah . Memang over dan gedik pun . Tapi entah kenapa tetiba jadi enam orang group . Tukar nama pula . '6 jahanam' . Huh saje je nak bagi gempak kat group lain dulu . Dah kitaorang ada 6 orang ahli . So tak pikir panjang , terus pick nama tu . Tak tau effect akan datang , memang group aku jadi tahanan warden . Mana tak nya , nama entah apa-apa dah macam gangster sekolah . Lepas tu the hold block kat hostel , abis kiteorang conteng . Emm maksud aku , conteng nama group pakai pen murah je . Kecikk je bukan vandelisme tau ! Alaa warden pun satu . Biasa lah tu . Kan dulu trademark budak-budak sekolah . Ala yang tulis cam gini .. '6 jahanam was here..' HAHA betul tak . Kan kan kan .


Tak dinafikan memang banyak memori especially masa aku joint tarian kat hostel dulu . Masa tu form4 . Freshy la masa tu , kan aku sekolah teknik hehe . At the 1st time , aku saja-saja walk in pergi audition untuk selection tarian tu . Saja nak gedik , tapi tak apa aku dah ada experience kebudayaan dekat sekolah rendah dulu . Tengok , tak pasal-pasal aku dipilih untuk tarian karnival asrama tahun tu . Kawan aku Nadia pun dipilih jugak tau . Eeee kiteorang ni dah macam couple je , nama dah la sama . Satu kelas and satu course lagi . Tapi dia cantik than aku . Aku ni comot je hehe . OH lupa , pasal tarian kebudayaan tu hostel kiteorang johan antara asrama . Pehhh memang tak sangka la kan . Tak sangka kiteorang ni berbakat .. Cewah haha . Tapi lepas abis sekolah , langsung aku tak involve dalam tarian ni . Memang antara minat aku , tapi macam segan bila dah besar-besar ni . Kalau ada chance pun , aku tak nak kot . Lagipun maybe tangan aku ni dah tak lembut macam dulu hehe . Keras dan bengkok-bengkok lagi  =.=


Tengok , punya la panjang cerita pasal aku masa sekolah dulu . Ini pun aku dah shortcut kan . Kalau nak cerita , memang 3 hari baru abis kot hehe . Melampau tu , dush dush ! Daripada nak cerita mimpi , terus cerita lain pula . Apa daa aku ni ... Its oke , lantak la lari tajuk sikit .


Ok lah , aku rasa cukup lah tu . Banyak lagi kerja aku nak setlekan ni . Thanx a lot sebab sudi baca . Jumpa lagi , kalau senang singgah la ^^


NadeaSalim : Semuanya akan berubah bila angka usia meningkat ..

12 April 2011

Hari-hari seorang perempuan .

Assalamualaikum :) Sempat jugak aku nak update blog aku nih . Bukan tak ada masa lapang cuma busy sikit je hehe sama la tu . Mood untuk lakar idea pun tak ada . So macam mana nak jadikan blog aku ni superb . Alahai its ok janji blog aku ni bersih dari benda-benda kotor . Ehem-ehem macam lain je makna tu haha .


Mungkin sebab aku ni duduk kat rumah je kan ? Yela , dah macam suri rumah tangga pulak . Bezanya aku tak kahwin lagi hehe . Mana taknya tido lambat , macam ada baby kecik pulak . Bangun solat subuh pun dah hujung-hujung waktu je . Lepas tu terus kemas rumas , masuk baju-baju kotor dalam washer mechine . Lepas tu cleankan singki rumah aku tu haa .. Sebelum cahaya matahari lari , aku kena jemur baju pulak . Rumah aku ni jenis hari-hari basuh baju pulak tu . Woo .. belum cite pasal masak lagi . Kekadang aku masak sendiri , kekadang tolong emak masak je . Eh tapi nak cakap sikit la , kakak aku cakap kan kan kan .


"Kau boleh masak . Haa ok la nih .. Atleast akak tak lah risau kalau kau kawin nanti .. "


Ehem ehem . Apa kak ? Hehehe blushing la .. Future tu tak ada lagi la kak . Kawan lelaki ramai la . Mulalah perasan . Tak apa lah atleast ada improvement . Cuma aku nak belajar and nak try buat kek pulak . Wey , honestly la . Aku belum try lagi masak kek sendiri seumur hidup aku . Haa nampak tak ? Aku cakap betul ni . Mesti korang kata ek eley tak kan pernah .. Malu la tak pernah . See see ! Anak dara jenis apa la aku ni kan . Dush dush ! Tapi kan kan kan . Emm tak apa la lain kali cite HAHA .



Btw and nway , aku sekarang ada kat ipoh . Kat rumah kampung aku mana aku boleh online cam gini . Line sangat la sesak . Dah la jam , police traffic tak ada . Semua orang berebut-rebut nak jalan . Himpit sana , simpit sini . So malas nak update . Setakat on fb tuh boleh la jugak . Itu pun aku kena berlanggar-langgar dengan yang lain . Al-maklum lah pakai broadband saje . Haiyoo .. kau Nadea , suka imaginasi lol =.=



Tengok , banyak cakap ngomel la . Tetiba teringat nak keluarkan ayam dari peti sejuk . Kang tak kan nak masak ayam keras kematu macam tu . Tak guna betul , kacau je kan . Baru nak beramah mesra dengan korang . Tengok , salam pun belum lagi . Meh meh salam salam . Yang perempuan je , yang lelaki "say hye !" .



Ok la babe . Sory la saja letak tajuk entry skema sikit . Dah macam tajuk drama melayu aku tengok . Sebenanya tak ada kena mengena sangat pun . Haha . And maaf sebab entry entah pape . Dah la aku jarang update . Lepas tu entry tak best kan kan kan . Till then , assalamualaikum .



NadeaSalim : Friend , sory i text u je semalam .

11 April 2011

Memang tak seindah mimpi pun .

Assalamualaikum lagi . Eh font style dah tukar la . Haha blog ni memang macam ni , tukar-tukar style font mengikut mood . Oh yeah !


Rajin tak nonton kat tv1 ? ala yang rtm tu ? Apa ?? Tak rajin ? Huh tau tak apa HAHA . Eh tapi kan aku kekadang singgah jugak kat tv1 . Sebab aku nak nonton drama TRILOGI CINTA . Tak tau ? Mari sini aku nak bisik .


Ala .. Tak kan tak tau . Kau student ke stupid wey hehe gurau je ok ? Oke-oke , ala yang drama yang diapdatasi oleh novel terhangat karya Sharifah Abu Salem tu .. Dorang duk masukkan cerita novel tu dalam drama . Semua cerita ada tiga novel kalau tak silap aku . Tajuk novelnya Tak Seindah Mimpi . Haa malam tadi episod akhirnya . Tengok tak ? Apa ? Tak jugak ?


Oke fine .


Nway aku pun tak lah mengikuti drama ni sepenuhnya . Hehe . Sebab aku memang pernah baca novel-novel ni sebelum ni . Dah lama dah . Tapi novel tu entah hilang ke mana  tak tau la . Jenuhh aku cari kat rumah .


Previouse pasal drama tadi balik . Semalam keluar paper , ' MALAM INI KEJUTAN AKHIR TRILOGI CINTA . SEGALA PERSOALAN AKAN TERJAWAB ' ..
Pehh bukan main siap terpampang kat newspaper semalam . Kelakar jugak . Nak tau nape aku kata kelakar ? Aku ni kalau dah sebut perkataan kelakar ada dua makna tu .. 1 . puji 2 . tak suka


Bukan aku nak kritik banyak la . Sikit jela . Aku kecewa wey bila dah tengok drama ni dalam beberapa episod jugak . Aku rasa bukan aku sorang je rasa macam ni . Tanya la orang lain yang ada tengok jugak . Ce dengor pendapat dorang . Banyak yang negatif kan ? Dulu aku baca novel ni memang superb , dinamik , mantap dia punya jalan cerita . Cara pengarangnya tulis , sampai kita boleh dapat menyelami betul-betul cerita tu . Kalau heroinnya pengsan , kita pun rasa nak pengsan jugak . Haa nampak , aku bagi contoh tu . Dalam novel bukan main handsome watak-watak utamanya . Kalau yang heroin , pehh cantik sangat dia kabo kat buku tebal yang dah macam kamus tu . Eh entah la pendek kata dalam novel tu semua perfect and kita sebagai pembaca sangat la happy .


Tup tup keluar drama ni kat tv . Apa lagi walaupun aku terlepas beberapa episod , tapi tetap excited nak nonton . Alih-alih cerita yang keluar kat tv macam ni . Jalan cerita dipendekkan kadang-kadang tak logic . Lepas tu , oke la dorang pilih Rosyam Nor dan Fauziah Gous sebagai main character . Tak apa la jugak . K fine . Tapi yang buat aku rasa tak best , watak utama yang lain . Kira ada hero and heroin nombor dua la . Ada ke patut dorang amik pelakon tuutttt ... Tak nak la sebut sape kan . Yang mamat ni memang muka macam layak berlakon watak extra je . Yang minah ni pun memang tak sesuai watak Norseha dalam drama ni .. Belum cakap pasal watak Bibik Indonnya lagi . Ahh memang entah apa-apa . Watak yang jahat pun tak best . Kata orang jahat tapi amik pelakon muda yang lembik je aku tengok .


Macam mana ni der .

Kelakar la der .

Tak feel nak tengok .


p/s : maaf lah kritik tetap kritik . nak tunggu filem adaptasi novel Ombak Rindu , dilakonkan oleh Maya Karin . hope best .








CERITA 2 EKOR HANTU .

Assalamualaikum dan hye untuk semua *angkat tangan sambil melambai-lambai ala-ala Miss World gitu ;p   Arghhh bosan betul jadi penganggur ni . Tapi tak ape , kejap je ni . InsyaAllah ..
Btw and nway , HAHA . Ada lawak lagi yang aku nak share kat sini . Asik lawak je , LOL .. Eh lantak la kan . Bapak lawak gile cerita ni . Aku dapat dari 1 media cetak semalam . Terguling-guling aku baca semalam . Dah banyak kali aku baca sebab bagi aku lawak sangat . Lawak sangat la kan . What de fish ! love OVER ACTING =.=
Tersebut la kisah dua ekor hantu bertemu di sebuah kawasan yang tidak diketahui lokasinya . Panjang lebar dua ekor hantu ini berborak sejarah hidup masing-masing . Sepanjang berborak , Hantu A melihat Hantu B yang merasa hairan lantas bertanya ..
Hantu A : Kenapa kau asyik menggigil ?
Hantu B : OH .. Cara aku mati dulu teruk . Aku mati dalam peti ais .. sejuk beku ..
Hantu A : Oh , kasihan kau . Aku pulak dulu mati sebab serangan jantung !
Hantu B : Isyy isyy ! Kenapa kau tak buat pembedahan by pass ? Kalau tak mesti kau tengah lepak dengan bini kau sekarang .
Hantu A : Aku dah buat dah . Tapi tak jadi pun , ceritanya panjang ..
Hantu B : Ceritalah sikit !
Hantu A : Ceritanya begini , aku syak bini aku main kayu tiga . Jadi aku ingat nak perangkap bini aku . Aku pura-pura pegi kerja padahal aku letak kereta di hujung simpang . Seperti aku jangka , ada sebuah kereta parking masuk garaj aku . Ada seorang laki tak dikenali masuk rumah aku ! Aku tunggu masa , nak cekup !!
Hantu B : Kau dapat cekup jantan tu ?
Hantu A : Tak , hairan betul . Aku jumpa bini aku dalam bilik tapi si jantan tu ghaib . Habis satu rumah aku tak jumpa . Aku cari dalam bilik , dapur pun tak jumpa . Sebab penat sangat cari , aku pengsan kena serangan jantung . Tak disangka-sangka pulak aku mati ..
Hantu B terdiam sebentar mendengar cerita Hantu A . Selepas beberapa ketika , Hantu B berkata :
Kenapa kau tak cari dalam peti sejuk ? Kalau kau periksa kat situ , kita berdua tentu hidup lagi .



Dah .
Habis dah .
Apa tunggu lagi .
Balik la .
HEHEHE gurau je .
Thanx sudi singgah . Love u all . J


NadeaSalim : takut tido gelap sangat . konon ada hantu .




TERLEWAT SOLAT SUBUH . Subhanallah.

Assalamualaikum :) Wey korang ini rasanya 1st time aku update pagi-pagi buta . Aicehh kecohla kau Nadea , tak ada lah pagi sangat . Hehe . Nway memang motif sangat la tajuk entry aku kat atas tuh . Terlewat solat subuh ?? Yezza yabedabedu .. Dengan rasa khilaf , aku mengaku . Angguk-angguk geleng-geleng  . Giler ! Solat subuh dah nak pukul 7 ! Solat apa tuh cik Nadea woii .. Alahai dah lama tak buat keje macam nih . Berdosanya aku Ya Allah .


Ok stop . Tak payah banyak cakap la . Kau dah la bangun lambat hari ni . Just straight t0 da point .


Oke - oke la ..


Alang-alang entry pasal lewat solat subuh ni , aku ada benda lain jugak nak cerita wey . Haa sini-sini aku nak cerita . Duk rapat-rapat sikit eh . Eh tak payah bukak telinga besar-besar pun tak apa ! Bukak mata luas-luas sudah la .. ^^


Dan ceritanya begini ..


Apabila Mat terjumpa Zura dia terus memakai ketayap . Mat tahu ayah Zura alim orangnya . Bukan sebarang orang boleh jadi menantunya . Mujurlah Mat pandai berlakon .

Apabila melihat ketayap atas kepala Mat tak pernah lekang , Haji Din setuju nikahkan anaknya dengan si Mat . Dengan sekali lafaz , sahla akad nikah ..

Malam pertama Mat dan Zura lambat tidur . Banyak benda nak dikemas . Akhirnya semua tertidur setelah pukul 2 pagi . Esoknya , Haji Din kejutkan seluruh keluarga berjemaah solat Subuh . Mat terlambat bangun , Haji Din suruh Mat solat sendiri .

Mat pun iqamat dan tunaikan solat Subuh . Selesai beri salam , Haji Din tanya Mat . "Hai Mat , kenapa solat Subuh tiga rakaat ?"

Lantas Mat jawab . "Eh yeke tiga rakaat?Rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi ayah."

Masya-Allah ! Haji Din mengucap panjang ..


HAHA . Lawak la wey . Gelak la wey . Erkk ! Tak lawak ke ? Senyap je . Oke fine *malu .






NadeaSalim : LAWAK sumber dari Mastika . TQ Mastika ! ;)



09 April 2011

KUIZ MALAM.

Assalamualaikum . Hye ! Tak tido lagi ? Yeahh top to the hand . Sama dengan la kita malam nih hehe . Seperti hari sebelum ni aku tak lah rajin sangat nak hupdate blog ni . Tak macam blogger2 yang hebat kat luar sana tu . Aku baru je masuk dalam dunia blogging nih . Baru setahun jagung kata orang . So secara logicnya aku tak berapa terer dalam menghasilkan blog yang mantop dan superb . And sebab tu lah aku kena buat research ,  belaja sikit demi sikit . Still merangkak-rangkak lagi . Saya budak baru belaja , kalau salah tolong tunjukkan ok

oK lah , oleh sebab aku da set timing untuk tido lewat sikit malam ni , apa kata aku reply tag yang dipost oleh teman blogging aku jugak iaitu Cik Ieja . Yeahh sila beri tepukan untuk beliau sebab beliau da berjaya menyusahkan aku malam ni *sebab aku bukan pandai sangat nak jawab soalan2* . Tapi its ok , aku try ok ?

Minah ni suruh aku jawab soalan macam ni bunyinye . Jeng jeng jeng *kena lah ada sound suspen sikit .

Cik Nadea , adakah anda sudah bersedia ?
Anda ada 90 saat .
Sekiranya anda gagal menjawab soalan ini , anda boleh blah ..

Ok fine . Ingat aku tak boleh jawab ke . Bolos saje di dinding itu ! =.=

1. Apa benda yang paling penting dalam hidup anda?
            Eyeliner , handphone , tudung , air masak , duit .

2. Benda terakhir anda beli guna duit anda sendiri?
            Kasut harga rm49.90 , selendang rm15 ringgit jer .

3. Di mana tempat perkahwinan anda dan apa tema perkahwinan anda ?
Aku tak tau nak coment banyak sebab aku tak ada calon suami lagi . Kau saje je eh kasi soalan camni . Ok lah fine , aku jawab jugak . Umm dah nama majlis kawin tu aku punya , pengantin perempuannya aku , pengantin lelakinya bakal suami aku .. dah sah2 aku nak buat kat rumah aku je . Kalau bab2 tema , aku no coment ok .

4. Adakah anda sedang bercinta?
            Tak .

5. Berapa lama anda akan mencintai pasangn anda?
            Sedetik lebih .

6. Novel/buku/majalah yang anda beli?
       Aku akan beli novel keluaran Alaf 21 dan majalah Nur , Dara atau Wanita

7. Antara mak dan ayah, mana anda lebih mesra ?
       Sudah tentu emak yang dicintai .

8. Namakan orang yang betul betul anda nak jumpa dalam hidup?
            Nabi Muhammad s.a.w

9. Adakah anda membasuh baju anda sendri?
            Selalunya ya , jarang-jarang tak . HEHE

10. Dimanakah tempat yang anda betul betul nak pergi?
            Heaven .

11. Pilih satu , peluk atau cium ?
            Peluk .

12. Beritahu tiga benda orang yang tag anda .
·         Banyak main
·         Housemate + roommate + classmate
·         Banyak main lagi hehe

13. Lapan lagu yang selalu anda dengar?
            Tak larat nak jawab 
14. Enam blogger yang dipertanggungjawabkan mengambil tag ini 
            next time ok ;P




           



07 April 2011

pelawak tak tau nak melawak .

Assalamualaikum everybody . selamat datang to my house *means blog ini* How’s today ? Me ? umm now almost gud . Eh eh ! hari ni karpet rumah aku bertukar , tak macam karpet hari tuh .. Actually tu time aku rajin bebenor .. Hari ni aku malas sikiitttt jer ^^

Cakap banyak2 tak guna jugak . Kerje ke mana mata tengok apa tangan pegang apa ? Hesshh over + gedik tak habis2 =.=

Sekarang focus ke depan dan jaga sedia !

Sekarang aku cuba nak create cerita panas . Mungkin tak sepanas melodi dekat tv tu . Bukak mata la baca kalau tak dengar .

Sebelum tu nak tanya siapa kat sini yang minat giler and follow Raja Lawak @ Maharaja Lawak ? Yang tak minat boleh out yang minat boleh in . Oke , kita teruskan . Ringan saja jari ni nak menekan-nekan badan remote tv*sengeh* . Semua dah maklum rancangan terbaru astro yang sedang  hangat sekarang *tak termasuk AF* adalah Maharaja Lawak . Pehhh siapa yang rasa dah lama gusi tak basah tu , tontonlah rancangan lawak ni . Comfirm tak kering gusi *cakap ikut logic* Tak disangkal lagi , many people like it . Tak kira tua atau muda ..

Tapi yang membuat aku termasuk peoples rasa tak puas hati bila program kesanyangan ni akan bersiaran di astro warna tak lama lagi . Apa nih ? Dah elok2 kat prima nak main tukar2 pulak . Astro dah kaya so tak payah la nak duit kiteorang lagi oke . Ishh ishh ishh .. bijak betul diorang ni .

Tapi aku orait jer dengan berita ni , sebab dekat rumah dah ada astro warna . Memang emak aku dah prepare awal2 lagi *utk menonton filem hindustan beliau* . Tapi tak patot jugak astro buat peoples macam ni . Nak tonton raja lawak punya pasal kena tambah duit bil untuk tambah pakej yang baru . Arghh melampau . Sudah la semua rancangan diulang berulang kali sampaikan orang boleh hafal dan ingat pelakon itu pakai baju warna apa .

Oleh sebab benda ni , tup tup muncul fucker fb "kami tak nak undi maharaja lawak kalau tak tayang kat prima" . Aisehh .. macam2 hal la . Itu pasal channel tv , belum cerita pasal pelawak2nya . Umm kalau u all tengok sendiri lawak2 mereka ni buat , u all boleh judge sendiri oke*dengan confidentnya aku*. Lawak double mining macam mencarut vs lawak bodoh + lawak tahap pacak + lawak syok sendiri pun ada . Tak suka la macam ni . Tak perlu la nak over sampaikan mesti nak double mining ? Perlu ker wahai pelawak2 sekalian . Tapis la sikit . Kenapa eh ? Dah tak ada idea nak kasi orang gelak eh . So boleh berhenti berlawak oke . Nway sekali buat macam tu sudah2 la tak perlu ulang dan ulang lagi . Tak perlu buat lawak "jenis kuih dan haiwan" . Kami tak suka .

Aku adalah salah seorang pemunat peminat group jozan , r2 , balas and jihan . Please do it well .

NadeaSalim : AF tahun ni paling tak seronok . Amir rajalawak tak perlu berlawak .




05 April 2011

cermin oh cermin .

Assalamualaikum . ;););)
Tadi aku sedang bergolek-golek di atas katil . Bulat-bulat mata macam bola . tAndanya aku belum mau tidur lagi . Wah sungguh skema ayat aku . Lantak lah. Mungkin penangan kueh karipap antu kak limah . heheh .
Agak da rasa bosan golek-golek , aku ambil cermin kecik . Ala bedak yang dalamnya ada cermin sekali tu , orang perempuan selalu panggil compact powder . Haa .. da tau kan . So sambung citer tadi balik . Aku tengah excited nak citer nih . Lepas tu aku pegang compact powder sambil belek-belek muka aku . Tetibe jer rasa tak puas tengok kat cermin kecik , aku bangun nak tukar cermin besar pulak . Heheh .
Sambil tu aku terpikir jugak . Agak-agak berapa kali dalam sehari aku tengok cermin ? Erk . Motif jugak soalan aku nih . Urmm bila da dicongak-congak , campur bangun pagi tadi , before and after mandi , keluar masuk bilik , ada lar dalam lebih dari 10 kali . Erk . lebih dari 10 kali ? Giler kau .
Ye , betul . Memang tak dinafikan . Itu yang aku rasa sedikit musykil . Tak wajarkah ? Tapi itu lah hakikatnya . Aku seorang yang suka melihat cermin . Dalam erti kata lain , pantang nampak cermin mesti nak jeling-jeling cermin tu . Kadang-kadang sampai nak naik juling . Hey , aku pun tak paham nape . Mungkin da jadi habit . Padahal bukan ada motif penting bila nak tengok cermin tu . Saje nak menggedik . Hey gediknya ..
Tambah-tambah kat rumah . Laluan nak ke dapur . Ada cermin . Asal nak ke dapur jer sempat main jeling-jeling kat cermin . Dalam hati berkata-kata , emak sangat memahami aku . Sebab tu dia buat deco begini . Hehehe . Cakap pasal cermin lagi , aku mula lah berangan . Nanti bila aku da ada rumah sendiri , aku nak rumah aku tu ada cermin besar gedabak . Bukan jer boleh nampak cantik  tapi nampak exclusive . Ruang yang kecik boleh nampak besar punya . Buzz ! Eh aku berangan eh tadi .
Hello , aku masih di sini . Orang selalu kata manusia nih macam-macam ragamnya . Termasuk lah aku . Mungkin tak ada orang yang sama macam aku dan mungkin jugak ada . Sesiapa yang da hidup 21 tahun dengan aku jer yang tau siapa aku . That is my family ..


NadeaSalim : cermin diri sendiri lagi bagus . gudnite ..





Ungunya Cinta .

Assalamualaikum . Hari ni aku bertemakan colour purple a.k.a ungu . Mungkin ada yang tak tau ungu adalah salah satu warna kegemaran aku . Tettt ... markah bonus bagi bakal calon menantu emak aku . Haha melawak ja aih . Actually hari ni aku nak story pasal cinta boleh tak . Shhh .. shut up . Aku tau la aku bukan pakar dalam jurusan ni . Sebab setau aku tak ada pulak lecturer aku ajar topic ni dulu . Lagipun aku tak LAYAK nak coment pasal cintan cintun ni . Pasai apa .. Pasai cek tak ada boyprend lagi naa .. Huhuhu
Woi Nadea , dusshh dusshh . boleh series sikit tak dalam bab nih . Wee wee , okie okie . Aku tau aku TAK LAYAK nak bercerita pasal ni wey . Tapi aku rasa aku LAYAK untuk judge someone . Yes you rite nadea . Bukan apa , semalam ada seorang hamba Allah ni . Nana bukan nama sebenar .. Kawan aku merangkap sahabat baik aku . She had a problems with her boyfriend . OPPPSS , i mean her ex-boyfriend . Mereka ni baru je broke up . Tupp tupp aku yang dicari . Konon-konon jadi kaunselor minah  ni . Hello , aku nak jadik kaunselor kau ? Dalam bab bercinta ni ? Memang ben-cinta aku nak kaunseling kau . Aku tau memang dulu aku graduan “Dr.Cinta” .. heheh  . TAPI sekarang aku da tarik balik mandat tu .. Da lama aku tinggalkan . Da resign da .
Tapi yang si minah ni tergedik-gedik nak jugak aku kaunseling dia . Menangis-nangis kat aku . Aku ni luluh jugak la jadinya , bila dengar dia menangis .. Yela , sape yang tak sampai hati bila tengok orang nangis kan ?  Aku pun pernah jadi macam dia dulu , so aku pun cepat touching .. Lepas tu aku pun nak tak bagi kaunseling jugak la .. Tapi berbunga-bunga sikit  ayat aku bagi . Saje nak biar minah ni feeling sikit .
Bolos saje di dinding itu ..
Aku cakap kat dia ..
“Nasihat untuk kau . Kau mesti sangka bahgia kau dengan dia berpanjangan kan ? Tapi rupa2 nya meleset , bila cinta yang terjalin dalam beberapa tahun berkecai and berakhir di tengah jalan . Tapi , kau mesti lebih suka tengok apa yang da jadik sebagai takdir tuhan .. Sedih tetap sedih . Tapi sebagai manusia kita tak boleh menidakkan kuasa Allah .. Lagipun kau mesti sedar  , tak sume apa yang kita inginkan akan kita dapat .. Kau mesti percaya ada sebab nape Dia tentukan jalan cerita antara kau dengan lelaki itu sampai kat situ aje . So, untuk apa kau nak meratapi dan ingat perkara yang da jadik ? Aku tau sedih memang sedih sebab dari sayang tiba2 semua tu hilang .. Lebih perit lagi da penat2 mungusung cinta , tetiba semua tu berakhir macam tu aje .. Dari kau berendam air mata lebih baik kau penuhkan minda kau dengan fikiran posiif babe ..”
See , kau boleh nampak tak . Hope kau da ok sekarang . Aku paham sangat perasaan kau sebab aku da laluinya ..
Love Nadea xoxo .

NadeaSalim : Hello peoples , i’m Nadea . Well known as Dya too . I just want let my blog like this . Dear my blog’s readers , all of u felt good ? And 1 more thing . I don’t entertain people that say “i miss u” to me . Am i snobbish ? I don’t care . ;);););););););)