14 May 2011

KASIH LUAR BIASA DARIPADA IBU ..

Assalamualaikum . Wah , lama sungguh tak update belog buruk nih . Aku rasa banyak yang ketinggalan . So untuk memulakan entry yang terbaru untuk bulan ini ialah , KASIH LUAR BIASA DARIPADA IBU .. Memandangkan aku dah terlewat sikit nak buat dedikasi sempena mothers day , so aku nak buat dedikasi untuk ibu tercinta aku Puan Sanimah Hj Abd Karim ..


Sebenarnya , kalau nak buat dedikasi untuk dia yang tersayang nih seminggu pun tak habis . Maybe kena buat autobiografi >.<


Dia seorang yang tinggi . Tinggi dari aku malah , tinggi dari bestfriendsnya . Seorang yang cantik , kalau makeup lagi cantik . Malah , ramai orang kata dia persis Ogy Ahmad Daud and Rosnah Johari . hehe . Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi . Macam aku jugak , dia juga seorang yang peramah and mudah mesra . Beside that , dia seorang yang very sporting dalam hal2 tertentu . Sangat selesa disampingnya :)


Lahir pada 1.8.1956 , dia still nampak muda . Jalan tegak tak bongkok and paling aku bangga ialah dia sangat aktif dan hyper . Mungkin dia dah biasa kerja keras . Walau nampak urat2 yang timbul di tangannya , she's very strong . Dia jugak seorang yang tabah , walau dah macam2 dugaan melanda dirinya ..


On top of that , dia pakar dalam masak-memasak . Normally , dia akan buat breakfast setiap pagi . Aku rasa sangat beruntung sebab memiliki dia . And aku akui aku sangat manja dengannya . Biarlah , selagi hayat masih ada . Kau ada ke ? Bukan setakat mesra dengannya , tapi dia anggap aku kawannya jugak . Terima kasih sebab tahan dengan karenah saya yang kadang2 sangat gedik ^^


Tak boleh berjauhan dengannya lama2 , memang aku akui . Hanya text and call jadi pengganti .


That' she . Aku panggil dia EMAK .. Orang yang aku maksudkan kat atas tuh emak aku . Orang yang paling aku sayang kat dunia nih . Terima kasih , emak sebab dah menjaga adik sampai sekarang . Terima kasih jugak sebab sudi jadi pendengar setia and jadi sumber penyelesaian dalam apa2 benda .. Walau adik kadang2 nakal , kadang2 bangun terlambat , solat terlambat , banyak main , manja dan macam2 lagi lah .. Adik minta maaf , tapi hakikatnya adik akan taat dgn emak and adik sayang emak dunia akhirat . Adik berdoa tiap2 hari lepas solat agar emak dipanjangkan umur . Tapi emak jangan sedih kalau ditakdirkan adik pergi dulu sebelum emak ..*terasa air mata jatuh masa menaip ini .


That's she . My beloved mummy . Tolong jangan ambilnya dari aku . Dia tiada pengganti . Alhamdulillah dia diberikan kesihatan yang baik , dan kami 4 beradik always be with you , mom . Dan , aku setuju hari ibu tak semestinya harus disambut pada setiap bulan Mei atau hari Ahad je . Bagi aku , kita harus menghargainya tiap2 hari . HAPPY MOTHERS DAY :)







NadeaSalim : entry kali sangat serius . dan 'kali nih' mmg aku serius .



No comments:

Post a Comment