15 April 2011

Yang tebaik datang dari ladang .

Assalamualaikum (: apa khabar sihat ? See , motif sangat ke tajuk kat atas tu wey . haha . Btw , hari ini terasa happy je sebab emak nak datang sini (: .. Walaupun badan aku terasa seram sejuk je sekarang ni . Nak demam la tu . Alahai tak mo la macam tu , kan malam nanti aku nak gerak ke kota bharu . Adess =.= .


Nway , korang tau tak . Umm maybe ada yang dah tau . Tapi its ok mari sini aku nak kasi tau . Aku pun baru tau malam tadi kat berita . Yang start 16 April ini , orang ramai boleh naik bas dekat Hentian Puduraya tau . Wow that’s good . Good for me too (: sebab aku kan dah biasa turun naik bas ni . Boleh la berdikari sikit , tak payah nak minta my sis atau siapa-siapa ambil aku kat stesyen bus . Naik train je , macam dulu . Ok , bila dah tau puduraya ni dah siap , mesti kita semua sibuk nak tau macam mana qupanya kan kan kan . Haa aku pun macam tu jugak . Excited nak tau macam mana qupa proses pengubahsuaian ni . Habis Rm 52 juta tau . Wah comfirm superb kan kan . Tak sabar nak gunakan benda yang moden dan canggih bebb . hehe ^^


 “Kita akan mula beroperasi pada Sabtu ini . Persiapan pihak kami , UDA Mall , kini di peringkat akhir . Kerja-kerja major serta pentauliahan dah buat . Cuma tinggal beberapa kerja pembaikan yang sedang dibuat . “


Research ..

Malas nak taip panjang – panjang . Aku kan kurang sihat hari ni * korang baca sendiri kat bawah ni ok ?


Menurut Jaafar , Hentian Puduraya berwajah baru itu mempunyai tiga kawasan menunggu yang baru iaitu , tingkat mezanin seluas 1,310 meter persegi yang siap dalam fasa satu pembinaan iaitu April 2010 . Katanya , orang ramai turut disediakan dua tempat menunggu baru di tingkat satu iaitu kawasan menunggu A dan B seluas 1,716 meter persegi yang berhawa dingin dan ia disiapkan dalam fasa dua dan tiga . Tingkat satu dulu menempatkan ruang makan dan gerai runcit.

Tambahnya, sebanyak 50 kaunter tiket disediakan di tingkat satu berbanding 108 kaunter sebelum ini.
Jelasnya, syarikat yang mempunyai pengarah sama disatukan bagi menjimatkan ruang dan memudahkan pengurusan kawalan kaunter.
Selain itu, terdapat penambahan mobiliti untuk para penumpang melalui peningkatan lif dan eskalator, penambahan dua unit walkalator, laluan pejalan kaki, sistem siar raya, penambahan tandas awam yang melibatkan kemudahan mesra pengguna untuk orang kurang upaya.
Terminal kini menempatkan lebih kurang 245 lot merangkumi kaunter tiket, mesin-mesin Mesin Teler Automatik, kiosk, gerai runcit serta restoran-restoran.
Kaunter tiket yang lebih sistematik dibina di tingkat satu, medan selera pada tingkat atas bumbung, pengubahan kipas ekzos di tingkat bawah serta keseluruhan kerja-kerja menaik taraf tingkat bawah tanah.
Dewan sembahyang terminal seluas 511 meter persegi telah diubahsuai dan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan yang lebih baik dan berhawa dingin. Setelah diubahsuai, surau itu kini boleh menampung 400 orang jemaah dan mendapat pentauliahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk mengendalikan sembahyang Jumaat.



Ok , mesti korang ada lagi yang tak tengok wajah baru puduraya ni kan ? Fine , i'll show you .



Research lagi ..


   maaf lah gambar tak clear sangat sebab aku amik kat tenet ..


Gmbar yang kat atas tadi , gambar puduraya yang dulu . Ingat lagi kan ? Gamba kat bawah ni pula , puduraya yang berwajah baru (:


jom usha-usha bahagian dalamnya pulak  ..





















Banyak dah berubah kan ? Nampak selesa sikit . Eh tak ! Selesa banyak .. Cuba tengok surau tu . Boleh muat 400 orang tau . Dulu kan surau kat puduraya kecik dan sempit . Nak solat pun rasa tak selesa . Lagi satu , toilet sekarang cantik . Tak macam dulu nampak 'ngeri' je =.=


Ok , aku rasa senang hati sangat sebab ini semua dapat beri banyak kemudahan kat orang ramai . Tapi tak tau lah korang (: Hehe ok la , sampai ketemu lagi deyh . Haha . Thanx sudi bukak mata baca entry kali ni ^^ . Yang tak seberapa ni (:


Salam .



Nadea Salim : terasa takut naik bas selalu .







No comments:

Post a Comment